TAWAR HATI
Pernah dengar tak daripada jatuh cinta berubah kepada tawar hati? Daripada sayang terus hilang? Tawar hati bukanlah suatu perkara yang asing dalam perhubungan. Tak kisah sama ada dalam hubungan persahabatan, keluarga mahupun pasangan. Rasa tawar hati hadir apabila perasaan tidak dihargai, tawar hati boleh jadi bila seseorang tu selalu buat salah yang sama berulang ulang kali walaupon dah ditegur banyak kali. Time tu memang dah tak ada dah kata maaf ke apa sebab dah terlambat dah, kau merayu la macam mana sekalipon memang takkan dia terima kata maaf kau. Kau dah kena sedar masa tu, dah tak ada peluang lain dah untuk kau. Salah kau jugak sebab taknak berubah dari awal. Jangan nak tunggu seseorang tu dah tawar hati baru kau terkial kial nak berubah and minta maaf.
"Tidak lagi ingin berdebat, tidak lagi beradu nada tinggi dan tidak lagi berharap. Bukan berhenti mencintai tetapi mula untuk lebih peduli terhadap diri sendiri agar tiada lagi terasa dan sakit hati. Maaf yaa sayang, jika hari itu saya memutuskan untuk tidak bersamamu lagi dan tidak menyimpan rasa kepadamu. alasan aku bukan saja kerana aku bosan dan lelah terhadap sikapmu dan bukan kerna aku berjumpa pengganti lain, hanya saja hati ku terlalu sakit tidak dihargai olehmu. Ketahuilah bahawa dalam segala keputusan yang aku lakukan, perempuanmu ini sudah berperang habisan dengan perasaannya untuk mendahului akal fikirannya. Teruntuk lelaki, jangan pernah sesekali mengabaikan, menghilang atau berpura pura sibuk hanya untuk membuat orang yang menyayangimu pergi. Ini bukan soal menguji kesabaran tetapi tentang mempermainkan perasaan."

Comments
Post a Comment