Posts

Showing posts from January, 2023

INSAN LAMA

Untuk engkau, Yang pernah datang melengkapi, Terima kasih kerana hadir dalam kehidupanku yang sunyi, Kehadiranmu membuatkan malamku tidak lagi sepi, Meski sekarang kembali sepi dengan hati yang tidak lagi diisi. Aku lelah menyimpan rasa, Bukan kerana rasa cinta yang pernah kita bina, Tetapi sakit yang ditanggung semasa aku dibuai romansa kita berdua, Sebuah jawapan yang aku harapkan pada akhirnya, Hanya memberi pengajaran dan trauma. Dulu, Aku sering mengharapkan engkau sebagai peneman, Walaupun hubungan kita terkadang terasa sebagai bebanan, Ketika hubungan kita musnah berantakan, Hati ini masih menyimpan berjuta harapan. Kini, Aku berpijak pada bumi yang nyata, Realiti yang aku enggan terima pada mulanya, Bahawa engkau hanyalah insan lama.

the things i wish i said..

"i guess i'm taking a few steps back from you but it doesn't mean that i'm letting you go. its never easy for me to finally accept that we're not meant to be. i will always care about you, just now from a distance because i finally realized we're not what we used to be. i won't forget the precious memories we had shared together. my heart will always cherish the beauty of our story we once had. you truly did mean the world to me. i hope you know that you still do. but for now, let us grow in separate ways if its destined for us to meet again lets have our story to continue. i'll welcome you with open arms and i'm willing to accept you still. i never regret knowing you, despite what had happened between us now. not a day passes by, that i don't think of you. you bring me so much happiness. thank you for being my temporary home. take care of yourself always." - sincerely from my heart

LAMBAT

Aku ni salah seorang yang suka buat kerja lambat, yela kebanyakkan melayu zaman sekarang kan suka amalkan kerja "last minute". Kadang-kadang tu rasa menyampah dengan diri sendiri sebab selalu lambat. Dah la lambat nak pickup bila orang tengah bercerita lepastu lambat nak bersiap, buat assignment atau kerja pon mesti lambat.  Bukan tak pernah nak berubah, pernah je banyak kali tapi takahu la kenapa sikap lambat tu selalu sangat nak menghantui diri ni. Selalu terpikir macam "ala due date kerja tu lama lagi, nanti-nanti jela buat", bila dah terlambat betul-betul nanti baru la nak menyesal. Tapi tak apa, aku akan berusaha juga untuk berubah biar tak buat orang lain tertunggu-tunggu. Kadang-kadang hidup ni jangan selalu sangat buat orang tertunggu-tunggu, tak elok. Kita kena juga hargai masa yang kita ada, jangan dah terlambat nanti baru nak menyesal.