Posts

Showing posts from December, 2022

RELATIONSHIP

Setiap orang ada relationship yang diinginkan, sometimes ramai orang nak healthy relationship. Contohnya, macam pasangan tu tak pernah bergaduh and sentiasa memahami antara satu sama lain. Tetapi kebenarannya, tak pernah wujud pon relationship yang macamtu, sebab setiap orang ada kekurangannya dan setiap relationship yang wujud mesti ada jatuh bangun bersama. Mesti ada duka dalam tawa and mesti ada pahit manisnya. Apa yang kita kena buat ialah try untuk terima kekurangan masing-masing and kena ingat bila bergaduh tu jangan bermasam muka lama sangat, dua-dua kena turunkan ego dan minta maaf.  Aku ni cakap macam berpengalaman sangat, tapi tak pon cuma aku dah belajar dari relationship aku yang lepas. Tapi tula orang cakap, yang lepas jangan dikenang and kena relakan je yang lepas tu. Aku dah pernah rasa dah bergaduh banyak kali disebabkan benda yang kecil dan besar. Banyak kali dah aku minta maaf and maafkan salah si dia, cuma tula lama-lama tu penat juga bila si dia selalu buat sala...

TAWAR HATI

Image
          Pernah dengar tak daripada jatuh cinta berubah kepada tawar hati? Daripada sayang terus hilang? Tawar hati bukanlah suatu perkara yang asing dalam perhubungan. Tak kisah sama ada dalam hubungan persahabatan, keluarga mahupun pasangan. Rasa tawar hati hadir apabila perasaan tidak dihargai, tawar hati boleh jadi bila seseorang tu selalu buat salah yang sama berulang ulang kali walaupon dah ditegur banyak kali. Time tu memang dah tak ada dah kata maaf ke apa sebab dah terlambat dah, kau merayu la macam mana sekalipon memang takkan dia terima kata maaf kau. Kau dah kena sedar masa tu, dah tak ada peluang lain dah untuk kau. Salah kau jugak sebab taknak berubah dari awal. Jangan nak tunggu seseorang tu dah tawar hati baru kau terkial kial nak berubah and minta maaf. "Tidak lagi ingin berdebat, tidak lagi beradu nada tinggi dan tidak lagi berharap. Bukan berhenti mencintai tetapi mula untuk lebih peduli terhadap diri sendiri agar tiada lagi terasa dan s...

SESAL

Bak kata orang ramai "penyesalan selalu datang dipenghujung cerita" sebabtu kita kena mengambil sebuah keputusan dengan berhati hati dan pilih yang mana kurang memudaratkan diri sendiri. Tapi tak apa kalau dah terpilih keputusan yang salah, kita ambik iktibar dan belajar dari kesilapan.  Setiap manusia pasti akan merasakan perasaan sesal setelah membuat sesuatu keputusan, yang membezakan penyesalan diri setiap orang ialah tempoh penyesalan. Kita tidak boleh merasakan perasaan sesal terlalu lama kerana ia akan menyebabkan penyesalan itu mengawal diri kita dan menyebabkan hati tidak rasa tenang serta pemikiran akan bercelaru.  "Waktu" adalah salah satu benda penting kita kena jaga sebab waktu ni ialah hal yang kita tak dapat nak kejar dan kita ulang, setiap langkah kita setiap detiknya adalah tanggungjawab kita. Waktu ni juga ialah salah satu faktor utama penyesalan, sebab kita tak boleh nak undur balik masa dan baiki kesalahan yang dibuat .

AKIBAT

Image
Akibat ni macam suatu kesudahan atau kesan buruk yang berlaku daripada sesuatu peristiwa. Semua orang pernah merasa akibat ni. Kita ni manusia yang kena merancang sesuatu dan kena fikir juga apa akibat yang akan berlaku bagi sesuatu pilihan yang dipilih. Contohnya, macam kita nak pilih kerjaya kita untuk masa depan, kita tak boleh sesuka hati je pilih. Kita kena fikir juga apa kesan baik dan buruk yang akan berlaku, sanggup tak nak hadap kalau ada kesan buruk yang berlaku. Nak taknak memang kena sanggup hadap, memang akan ada akibat daripada pilihan yang kita pilih, cuma fikir sanggup ke tak sanggup je nak hadap. Dari sini kita boleh cabar diri kita untuk memilih pilihan yang agak mencabar dan cuba menghadap akibat yang akan datang.