SESAL

Bak kata orang ramai "penyesalan selalu datang dipenghujung cerita" sebabtu kita kena mengambil sebuah keputusan dengan berhati hati dan pilih yang mana kurang memudaratkan diri sendiri. Tapi tak apa kalau dah terpilih keputusan yang salah, kita ambik iktibar dan belajar dari kesilapan. 

Setiap manusia pasti akan merasakan perasaan sesal setelah membuat sesuatu keputusan, yang membezakan penyesalan diri setiap orang ialah tempoh penyesalan. Kita tidak boleh merasakan perasaan sesal terlalu lama kerana ia akan menyebabkan penyesalan itu mengawal diri kita dan menyebabkan hati tidak rasa tenang serta pemikiran akan bercelaru.

 "Waktu" adalah salah satu benda penting kita kena jaga sebab waktu ni ialah hal yang kita tak dapat nak kejar dan kita ulang, setiap langkah kita setiap detiknya adalah tanggungjawab kita. Waktu ni juga ialah salah satu faktor utama penyesalan, sebab kita tak boleh nak undur balik masa dan baiki kesalahan yang dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

After the Apology

RELATIONSHIP

Haunted Again