MULA

Kadang-kadang semasa di sekolah menengah aku terfikir aku ni mampu ke nak sambung belajar sampai degree, yela waktu sekolah dulu pon aku banyak main dari belajar. 

Pada awal tahun 2019, aku telah mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik Melaka, setelah mendengar berita itu, aku sedih dan berat untuk duduk jauh dari keluarga aku. Sepanjang 16 tahun aku hidup, tak pernah lagi aku tinggal berjauhan dengan keluarga aku. Tetapi, mak aku cuba pujuk aku untuk terima tawaran tu dan merasai duduk di asrama. 

Akhirnya, aku terima dan MULA kan kisah hidup baru aku yang berjauhan dari keluarga. Selepas beberapa bulan, aku dah dapat menyesuaikan diri dan dapat banyak kawan. Ni la kawan-kawan aku sewaktu sekolah dulu. Banyak jugak la waktu suka dan duka semasa sekolah ni, paling best bila senior marah-marah lepastu suka buat rollcall sampai 2 ke 3 pagi. Pada bulan 3 tahun 2020, semuanya berubah sebab virus covid dan ini lah permulaan perintah kawalan pergerakan. Semua orang kena duduk rumah dan belajar melalui google meet.  


 Lepas habis sekolah, semua buat hal masing-masing dan tak saling bertegur HAHAHAHA. Tapi insya-Allah kalau ada jodoh kita orang buat reunion. 




Comments

Popular posts from this blog

After the Apology

RELATIONSHIP

Haunted Again